Akauntan. cita-cita kedua yang aku tulis dalam biodata time sekolah rendah dulu. cita-cita utama nak jadi doktor. makin lama, makin tinggi belajar dah lupa cita-cita doktor. banyak main-main time sekolah. bukan gengster sekolah okay. nakal sikit je. tudung pendek, that's me. pakai stokin kaler maler, that's me. ponteng kelas pegi lepak kelas senior, that's me. tu time sekolah sultan sulaiman. bila tukar sekolah baru sekolah bukit sawa, life's totally changed. new environment, new friends. time tu jadi baik sebab takde geng nak buat nakal-nakal. form five ambik pure science. tak suka menghafal okay. kelas yang selalu ponteng, time fizik. kalau hari tu ada fizik, aku tak pegi sekolah. adik-adik jangan tiru okay. result spm takat-takat makan je ah. Alhamdulillah semua credit. boleh la masuk matrik program dua tahun aliran fizik. hai KMPHians! :) tapi masuk tahun kedua aku keluar. dapat diploma perakaunan kat UiTM Dungun. sebab nak lari dari fizik, nak lari dari homes...
Resepi crust ni aku guna yang time kerja dulu. Hee. Resepi filling pulak aku banyak google. Aku lupa dah mana aku dapat sebab dulu lupa nak tulis kat buku ambik kat mana. Resepi ni memang sure sedap. :) Resepi crust Bahan-bahan: 1 cawan marjerin ( aku guna marjerin Pelangi. Sedap! kalau guna Planta pon boleh tapi crust jadi keras sikit la ) 1/2 cawan gula 1 biji telur gred C ( gred A & B pon hentam jelah ye ) 1 sudu kecil esen vanila 2 cawan tepung gandum ( lebih sebenarnya tapi nanti explain okay ) Cara-cara: 1) Putar marjerin dan gula hingga kembang. Nanti warna jadi macam ala-ala putih gitu. 2) Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi hingga kembang. 3) Masukkan 1 cawan tepung dulu pastu putar nagi sebati kejap. Masuk lagi 1 cawan tepung pastu putar lagi sampai sebati aje. 4) Time ni adunan still lembik. Lepas tu boleh tambahkan tepung sikit-sikit dan uli sampai doh tak melekat kat tangan. Kalau still melekat kat tangan, tambah tepung lagi okay. Tapi ...
Okay aku faham resepi ni bersepah dekat blog. Kau google je terus bermacam-macam blog yang share resepi, Eh tapi aku nak jugak share resepi yang lapuk yang semua orang dah tau. Hehe. Resepi asal aku dapat dekat blog Kak Ita . Sila la cari sendiri ye. Malas pulak aku nak tolong bagi link. Dan jujurnya aku pun tak ingat dah resepi asalnya macam mana. Muahahahaha. Resepi ni aku memang guna untuk jual setiap kali musim Raya. Sila lah ikut step by step okay. Mostly aku tengok resepi guna butter sampai satu buku. I was like hehhh -.- Aku memang olah sehabis mungkin resepi ni ikut sedap anak tekak dan jugak bila customer cakap SEDAP! Gitew haaa. Aku prefer guna NESTLE. Kellogs is fine tapi kena campur dengan NESTLE sebab Kellogs tu nipis sangat emping jagung tu. NESTLE tu tebal sikit so bila lepas bakar rasa kruk kruk tuh sangat osyemmmm. Muahahaha. ni aku buat sendiri ehhh. mihmih Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes ( 200++ biji ) Bahan-bahan: 500gm cornflakes (prefer NE...
Comments
Post Terhangat...
Tips Menambah Kawan(Part 1)
nak cek satu2 pun susah nih..
atau pun dia guna software blogwalking