14 October 2010

fakta aku!


.Assalamualaikum.



Aku ni sebenarnye dah macam tadek idea nak cerita ape lagi padahal banyak je yang aku nak cerita sebabnye aku memang tak pandai nak cerite-cerite. Kalau aku cite ape-ape ngan kawan aku,mesti aku tergagap-gagap. Hehe. Aku macam cepat blur, cepat lupe. And sebab tu jugak kalau orang suruh aku cite pape aku cam nak lari sket. Hahaha. Kadang-kadang la. Tapi aku cite jugak walaupun aku tak pandai ngan menarik. Duduk kat rumah lame-lame pun borink jugak nih. Nak bace buku aku malas lagi. Lagipon aku bawak balik buku LAW je. Perghh..mentang-mentang test + kuiz LAW aku selalu dapat markah yang memberangsangkan so,macam bangge la sket. Ish ish ish..riak..tak baik. Tarik balik kate-kate aku.ngeh3..arini aku rase nak cite pasal diri aku. Dari baby,kanak-kanak riang,remaja,dari kurus ke gemok, dari gemok ke kurus dan gemok lagik! Hahaha

Dari baby,tadika,sekolah rendah

      *Perempuan ofkos! Hehe
*Lahir pade 19 july 1990 jam 6:09 pm.
*Suke minum susu botol. Siap mintak tambah lagik!
*Time kecik tak suke baju seksi sebab aku cakap kain tak cukup (mak aku cite).
*Remaja tapi perangai mengalahkan budak.
*Pernah hilang kat zoo negara mase kecik.
*Pelajar cemerlang tadika 1996.hehu.
*Pernah masuk pertandingan nyanyi sambil menari lagu twinkle-twinkle little star.
*Patah tangan mase darjah due.
*Suke panjat pokok! Rambut pendek.
*Time kecik aku sangat-sangat nakal dan jahat.
*Kene rotan banyak kali. Tapi syukur sebab rotan tu ajar aku jadi manusia.
*Penah kene rotan kiri kanan tgn ngan cikgu english 33 kali.lupe sebab ape.
*Penah dipukul oleh kawan adik ngan bulu ayam yang besi tuh.lebam weh punggung aku!
*Kawan ngan anak PK HEM. Pastu time rehat lepak bilik PK HEM.
*Darjah 5 jatuh beskal.tangan patah untuk kali kedue.
*Sume gune berubat kampung sampai jelajah ke Kelantan.nak spital takot.haha.
*Penah menari lagu hindustan time darjah 6.
*Sangat suke kelentong.haha.jahat betol.
*Kawan baik sekolah rendah aku aku, syazwa,ina,mimi and fatin. Tapi sekarang sume dah tak sehaluan.siyes aku rindu dieorg.
*Dpt tau keputusan UPSR cepat dr org lain.hehe
*Penah minat kat cikgu english time darjah 6.hehe.


Sekolah menengah

*Form 1 masuk sekolah menengah kebangsaan sultan sulaiman. Sorang-sorang je time tu. Nak nangis!
*Pastu kene masok hostel. Ade kawan baik name nani,mira,pirah,syikin,myrah,auni, ramai lagi.malas tulis :p . Ade kakak angkat name kak nadia. Suke angkat-angkat dulu nih.

*Setiap kali smayang hajat suke mintak keluar hostel. Aku mmg jenis homesick. Tiap-tiap minggu nak balik. Dan tiap kali nak datang asrama mesti nangis.haha
*Datang asrama hari sabtu then hari isnin suruh abah datang lagi hantar makanan sebab makanan hostel tak best! Hari kamis kalau tak balik, suruh abah datang amik baju kotor. Haha.kejam gile aku dulu.
*Lepas setaon setengah duk hostel aku keluar!! Bangge weh.
*Start form 2 aku dah mule gatal. Sejak gune fon. Eh silap. Sebelum gune fon beli simkad je. Fon tadek. Tukar-tukar fon ngan kawan la.hehe.
*Form 2 dah pandai bercinta tau. Gilak! Skandal pun pandai jugak.haha
*Form 2 jugak lah aku berubah jadi lebih ayu. Sebelum ni akku macam pengganas.
*Kawan aku penah cite yang ade kawan aku yang lain gtau kawan aku tuh (phm x nih?aku x reti nak gtau.hehe) yang aku ni makin ‘ayu’. Gelak pun tutp mulot! Aish!
*Aku semakin gemok time tuh. Masuk form 3 berat aku 68kg!!! Demn. Doktor nasihat aku suruh diet. Tapi aku tak layan. Aku buat dek je.haha.
*Aku suke pakai bedak compact sampai pink muke aku. Org pgl aku IQA BEDAK. Haha.
*Dulu minat ngan budak bola. Kecoh satu budak bola pasai aku minat kat sorg budak tuh. Entah mane die skang. Lepas aku pindah sekolah aku dah tak amek tau.haha.
*Time aku sekolah SS tu mmg terlalu banyak kenangan indah. Aku tak mampu nak tulis sumenye kat sini. Aku sayang lagi sekolah tu tau!
*Form 4 lepas PMR aku pindah sekolah menengah bukit sawa. Tu pun sebab dekat ngan aku. Aku pun dah penat ulang alik ngan sekolah lame tu. Sebab jauh rumah aku ngan sekolah tuh. Huhu.
*Masuk sekolah baru best la jugak. Orang first tegur aku ofkos la kawan-kawan sekampung aku yang mmg sekolah kat situ. Lepas tu ira tegur aku. Dan ade sorang budak laki ni pun die lah mule-mula yang tegur aku.haha. skang still contact sebab die pun duk kat POLI dungun je.dkt la ngan UiTM aku.
*Pernah masuk CELCOM XCHANGE XBASSADOR.
*Awek budak laki yang tegur aku tuh, mmg anti gile ngan aku. Aku pun tak tau nape. Haha. Bajet aku nak sgt la pakwe die tuh. Tapi jenis aku mmg suke berkawan ngan laki sebab dieorg ni sempoi.kalau awek die nampak aku cakap ngan budak laki tu konpem awek die mengamok! Haha.
*Form 4 jugak aku start diet.pagi aku makan nasik. Lepas tuh aku makan benda ringan je kalau lapar sangat. Petang-petang aku ngan family aku pegi joging.
*Berat aku dari 70kg turun hingga 57kg!!! Perghh!! Selim melim aku time tu weh. Ramai pulak yang nak ngorat! Ish3.. aku tak layan. Haha
*Aku penah dapat bisnes kad dari sorang abg yang keje ngan bank islam. Mase tu ade ahli-ahli bank islam dtg kat sekolah aku. Skill nak mengurat. Gagagaga :p
*Kat sekolah ni aku banyak diam je sebab aku malu nak tegur-tegur org. Hehe. Aku kenal pun budak-budak kelas aku je.
*Aku hanya tak pegi sekolah bile hari ade fizik!
*Penah kene rotan sampai lebam tapak tangan sebab ponteng kelas tambahan fizik!!
*First time aku lulus add math aku menjerit macam sekolah tu bapak aku punye.
*Penah masuk pertandingan karangan tajuk TiBi. Dapat no.2!!
*Aku memang suke buat karangan dan paling banyak page aku buat ialah 7 page. Dan tulisan aku sangat la kecik!
*Lepas aku kurus aku penah pegi kat sekolah SS tu jumpe kawan-kawan aku. Sume terkejut. Terkesima. Terpegun dan ter.. sebab aku kurus sangat. Haha. Lawak seyh!
*SPM aku result biase je tapi sum credit la.lepas SPM jugak aku  operate tgn aku yang patah ni.memang dah lambat tapi sebab tangan aku bengkok sangat.huhuhu..
*Sekarang kat siku aku ade 6 biji skru! I am ironwomen!


Matrikulasi Pahang vs UiTM Dungun

*Aku tak dapat mane-mane tawaran IPTA selain dari matrik. Aku masuk Matrikulasi Pahang untuk program 2 tahun dalam kursus Sains Fizikal.
*Kat sane aku jumpe kawan lame aku. Dan time tu aku menjerit macam dewan tu aku punye.MIRAHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
*Sebulan aku menangis time kat matrik. Siyes aku jenis sangat homesick!
*Rumet aku time tu, nadia,mirae,aida. Bilik kat sane best. Besar!
*Lelaki yang mule-mule mesej aku ialah ANI. Yang aku buat entri pasal die aritu. Aku tak tau nape org pgl die ANI. Macam pempuan je ko nih.huhu.die mesej aku die ckp “hai si baju biru”. Oh ye.kat matrik wajib pakai baju kurung kalau pergi kelas.
*Kehidupan aku kat matrik sangat-sangat bahagia. Aku sangat rindu suasana kat sane.
*Lepas setaon 2minggu kat sane, kire aku sempat la masuk untuk thun kedua, aku ngan kawan aku berpakat nak keluar sebab time tu aku dapat tawaran pergi UiTM course ACCOUNT.
*Aku nekad nak keluar sebab aku nak lari dari fizik. Aku tak minat fizik!
*Abah aku berat hati sangat nak lepaskan aku keluar dari matrik. Memang abah aku terasa ngan aku time tu. Tapi, apakan daya aku..aku tak boleh jalan dah ngan fizik!
*Tak lame pastu,aku keluar dari matrik. Sedih sangat saat-saat akhir tu. Menangis toksah nak cakap la. Kawan-kawan yang tak penah tegur aku pun wish selamat tinggal untuk aku ngan kawan aku sorang lagi.
*Tak lame pastu aku check in kat UiTM sebagai pelajar tahu pertama Diploma Perakaunan. Aku tak penah tau pun akaun ni belajar caner.hehe.
*Kawan aku tu pon dapat cos yang same ngan aku.
*Sepanjang kat UiTM ni aku bangge jugak jadi sebahagian daripada UiTM ni. walaupun suasana ngan matrik sangat berbeza dan aku lebih sukakan zaman matrik aku.
*Macam-macam jenis org aku jumpe kat UiTM ni.
*Sekarang aku dah masuk tahun kedua, sem 3. Pejam celik pejam celik je dah setahun setengah aku kat Dungun ni. sayang aku kat UiTM pun dah makin bertambah!
*Berat aku pun semakin bertambah! Tadek dah selim melim macam 57kg tuh!
*Tapi sekarang aku start diet lagi lepas ditinggalkan oleh org yang aku sayang! Huh.
*Saat ni aku sedang menyediakan persiapan untuk FINAL!
*Masih mencari cinta sejati. Haha

Pengalaman CINTA

*Kali pertama kapel mase umur 14 tahun!
*Kaki skandal.
*Kapel paling sekejap 2 minggu.
*Paling lama 10 bulan.
*Jatuh cinta banyak kali!
*Kapel 10 kali je. Hahaha
*Sekarang aku patah hati lagi
*Aku sedang cuba untuk tidak menerima cinta dari seorang yang bernama lelaki lagi.
*Aku tau aku gatal. --->> pidut cakap buang! haha
*Fullstop!


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

4 Love Note (s):

adrinaqamarina said...

paling tak boleh blah part lepak dalam bilk pk hem tu. haha. kenapa iqa tak kawan dengan anak pengetua ke? ps3 laki ke perempuan?

part abang bagi bisnes kad tu pun kelakar. aduhai. gatal betol abang tu. ches

puteriqaizyan said...

rina: hahaha..ank pengetua kecik lg kot. law ade ank pgtue mmg jd besfren la jwbnye.hahaha..

ohoho..tau xpe..mmg abg tu gatao ckit.so,xlyn pon.haha

PIDUT ASiS said...

erk..sangat panjang...lagi best kalau wat part 1,2,3,4...hehehe

time kecik je tak suka seksi,time besar???hahahaha

erk..sakit tak patah tangan??sbb tak pernah patah pe2 lagi..

kita bole jd geng..pidut dlu sk mnm susu botol gak..tapi bancuh sendiri pas tu enjoy sorang2...

erk..jangan la ngaku gatal,nanti semua blogger tau..hahaha

erk..ni ironman versi wanita??hehehe

(banyak gile aku tulis)

Post Terhangat...

4 Benda Lelaki Jangan Pakai

puteriqaizyan said...

pidut: hahaha...dlm2 tadek idea nih..skali tulis mcm esei bm daa.ngeh3..

time bsr len cket.hahaha..tp mmg x suke la sexy ;)

saket giler.nk2 time g berubat kg!

wah! ok gak.mslhnye kecik mmg addict ngn susu.da bsr tak suke lgsg susu.haha

oke2..da wat strike.hahaha

a'ah.versi wanita yang ayu!hahaha

(byk jgk aku reply)

xD

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan