Ini Entri Marah | tandas vs belajar
lawa kan? nih kalau aku dapat, konpem aku buat tempat tidur, update belog, facebooking. tau tak kat mana nak tempah buat tandas macam nih? tolong aku weh.huhuhu. ekceli kan, aku nak marah betol nih.. tengah marah ni ye. bukan main-main. korang ni tau tak tandas tuh tempat apa? tempat buang segala hadas kecil dan besar, tempat menyucikan diri, tempat apa-apa jelah. tau tak tandas tuh sape yang ada? setan! tau tak? setan ye. setan nih memang suka tempat-tempat kotor.
dahlah tandas tuh tempat setan, korang lagi pergi mengotorkan tempat setan tuh ape pasal? tadek keje eyk? kadang-kadang aku tengok selamber je budak perempuan ni buang pad dieorang dalam tandas. ape kejadahnya weh? aku rasa dalam toilet tuh dah sedia tempat buang pad tu kan? kadang-kadang selamber jugak korang buang pantiliner kat dalam bilik mandi!! aku yang duk mandi ni sabar jelah bila nampak pantiliner korang tuh. tak reti nak pegi buang ke?? nama je budak universiti tapi.....ahhh..
tandas awam pun sama. kenapa la kotor sangat?? aku bayar la weh. orang yang guna tu pun satu hal jugak. dah guna, pandai-pandailah guna elok-elok kan? flush lepas guna. ko tau tak flush tuh kat mana?? google search la eyk. tak pon tanya adik ko kat rumah tuh. satu lagi. kenapa kat tandas awam tadek sedia sabun eyk? aku bengan betol la kalau pergi tandas awam yang tadek sabun. macam mana nak cuci tangan lepas masuk dalam tandas. tolong la sediakan eyk. kebersihan tuh penting. paham??
rajin.rajin. kecik-kecik lagi dah rajin baca buku kan? anak sapa la nih? aku ni kan, ekceli manusia paling susah nak dating dengan buku. tapi bila rajin aku datang, memang aku study. dan bila aku study aku tanak ada gangguan kecuali mulut aku yang banyak nyanyi-nyanyi, tangan aku yang banyak main-main rambut. haih. pantang betul aku kalau time aku study, orang datang kat bilik then tanya aku buat apa seolah-olah dia tuh buta tak nampak apa-apa. aku sengeh jelah kan? cakap, studyyyy....
aku pantang kalau aku nak study, tengah salin note orang datang kat aku then buat bising kat aku. lepas tuh pot-pet pot-pet entah hape ke benda. lepas tuh tanya aku macam-macam- weh. aku tengah dan sedang study la sayang. dah la aku ni spesis susah jumpa buku. bila aku study tuh tolong la jangan ganggu aku. bila aku tak study kau nak cerita dari A sampai Z pun suke hati kau la ye. aku layan je.
nanti, lepas ni kalau nampak aku study, jangan la kacau aku ye. arghhh.. boleh stress aku weh!
itu sahaja untuk entri marah kali ini. masa entri ni dipublishkan, aku sedang enak dibuai mimpi-mimpi indah. jangan kejutkan aku! =)
maaf la yer, waktu tidur aku dah bertukar bila study week dan final. hehehe.
Comments
kadang2 rase dorang ni pengotor kan hikhikhik..
cik iqa, gud luck yer :)