Mari Bercinta Dengan Ku
hari dah setat cuti semester. happy la jugak kan. sebab tak payah dating dengan buku lagi. semalam lepas blah dari kolej yang tercinta, aku ngan abah berhenti makan kat sebuah kedai kecik je kat tepi jalan area Rantau Abang. kat situ kan, air milo dia best. rasa nak minum hari-hari dan yang paling penting aku melantak dua lempeng! ngee. lapar beb.
sampai kat rumah adalah dalam pukul sampai mati 3 lebih. then, lepas dah angkat semua barang bawak masuk bilik benda pertama aku check sudah semestinya peti ais. haha. kenapa? entah. mana tau kot-kot tiba-tiba ada makanan dalam tuh. sekali aku nampak ada epla,orange, chocolate yang ada ,macam-macam bentuk tuh. aku rembat dulu choc tu. hehe. lepas tuh aku tidur sampai petang.
pagi ni aku bangun awal lepas mak ngan abah aku kejut untuk solat subuh. lepas siap mandi, mesti la solat subuh kan...lepas tuh mak aku bagitau yang dia masak nasik lemak. wahhh. dah lama tak makan masakan mak nih. so, pagi nih wajib makan tau. eyh, semalam kan abah ngan ibu tegur aku kurus sikit. happy nak teguling-guling aku. hehe. time nak hadap last paper semalam pun sama, ada classmate aku datang kat aku, lepas tuh tepuk pipi aku pelan-pelan then...
"Kak Iqa, yeke dop makan nasik sebulan?"
"Haha. dop ar. makan gop. tapi seminggu sekali je"
"Siyes r? Kak Iqa napok kurus sket. hehe. kalu dop makan nasik sebulan betul-betul mesti lagi kurus."
"Haha"
"Nok ikut Kak Iqa gop r. hehe"
"Bereh-bereh. mari kite diet same-same eyh"
haih.tak pasal-pasal badan aku kembang kat situ. haha. thanks abah, ibu, Jannah, Que sebab banyak kali tegur aku dah kurus sikit. sikit-sikit, lama-lama jadi bukit kan? nanti aku akan buktikan kat dia yang aku akan kurus macam dulu! weeee.
hah. ni baru aku nak ngamkan ngan title tuh. hehe. tadi tuh introduction je. aku suka quote cinta kat atas nih. kata-kata semangat yang sentiasa buat aku tersedar dari mimpi-mimpi indah atau tak berapa nak indah. aku pernah dapat mesej dari kawan aku :
Cinta amat mahal takrifnya, itulah yang difitrahkan oleh Allah SWT kepada hambanya.
Cinta hanya tertulis pada perkataan tetapi gagal pada zahirnya.
Kerana cinta itu tanggungjawab di mana wujudnya kesetiaan dan kejujuran di dalamnya.
Ingat pada yang satu.
Jujur pada yang setia.
Kasih pada yang rindu.
Rindulah pada yang menyayangimu.
Cinta tak akan datang kalau tak di cari.
Cinta juga tak akan dapat kalau tidak ada yang memberi.
Tetapi mencari biarlah pada yang sudi.
Bukan cinta pada yang simpati
walaweh.. ape hal pulak aku duk cakap pasal cinta pagi-pagi buat nih? adakah aku sudah jatuh cinta? pada siapa? heh. mana ada la. aku sendiri pun tak tau apa itu CINTA....
Comments
lagu cinta monyet. hehe
My latest entry
Salam Aidiladha
hari sabtu ngan ahad rajin on9 tak? bagi jawapan kat sini :
Anna Boleyn's Survey 2 : Weekend....... Get Online or Hang Out??